top of page

𝐀𝐏𝐈 : 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧, 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧!

𝐀𝐏𝐈 : 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧, 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧!

Jumaat 9 Ogos 2024 menyaksikan warga kerja Hospital Pakar Al-Islam merasai sendiri pengalaman mengawal serta memadam kebakaran termasuk menyarung sut pemadaman api yang kebiasaannya digunakan anggota dan pegawai bomba.

 

Bukan sahaja mempelajari cara yang betul penggunaan alat pemadam api, warga kerja Hospital Pakar Al-Islam juga diberikan pendedahan tentang punca dan cara mencegah kebakaran termasuk langkah menyelamatkan diri dengan betul sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini seumpama itu.

 

Lebih istimewa, pendedahan dan pembelajaran itu dikendalikan Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan kekuatan 7 anggota termasuk pegawai membabitkan satu jentera dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

 

Sesi perkongsian berkenaan dikelolai Pegawai Bomba Kanan I Mohd Azam Alip dan untuk rekod, ini adalah usaha pihak pengurusan tertinggi Hospital Pakar Al-Islam ke arah persekitaran keselamatan premis yang baik.

 

Aturcara program diselia Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan, Encik Muhamad Azim Afiq Amran dengan kerjasama Bahagian Penyelenggaraan Bangunan serta kakitangan hospital yang lain.

bottom of page