Bantuan Kemanusiaan: Membantu Mangsa Banjir di Melaka.
Pada 8 & 9 Januari 2022, pihak Al-Islam Specialist Hospital (Official) berkesempatan untuk terlibat dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di Kampung Gadek dan Kampung Ganun, Alor Gajah (8 Januari ) dan Taman Datuk Tamby Chik Karim dan Kampung Krubong, Melaka Tengah (9 Januari).
Mewakili Al iSLAM ialah Pegawai Perubatan Dr Muhammad Ayman dan Ketua Jururawat En Muhamad Shahril yang turut bersama-sama dengan pertubuhan lain iaitu Malaysian Relief Agency (MRA) dan Global Peace Mission (GPM) membantu para penduduk dalam bentuk sumbangan kewangan dan barangan selain terlibat secara khusus melakukan pemeriksaan kesihatan.
Semoga semua urusan mangsa banjir di Melaka dan seluruh Malaysia dipermudahkan Allah.
#alislamperihatin
#hospitalmesraibadah