top of page

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝟗𝟔 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝟗𝟔 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒

Pegawai Pemerintah 96 Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut, Perak mengambil inisiatif untuk mempraktikkan konsep yang memberi fokus kepada pelaksanaan ibadah serta kesejahteraan pesakit ketika dan selepas mendapat rawatan.

 

Dalam usaha itu, Pengarah Hospital Pakar Al-Islam, Dr Ishak Mas'ud dijemput bagi memberi perkongsian ke arah konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) pada 8 dan 9 Ogos lalu bertempat di hospital berkenaan.

 

Pengurus Kejururawatan, Matron Suzal Ashima Sulaiman dan Pegawai Agama, Ustazah Nurul Aisyah Amir Ramli turut hadir dan berkongsi aspek-aspek daripada segi kaedah pengurusan pesakit serta elemen spritual.

 

Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Pemerintah Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Dr Musa Kasmindan Pakar Kecemasan yang juga Pengerusi HMI, Kolonel Dr Nik Mohd Noor Nik Aminserta seluruh warga 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak di atas kerjasama ini.

 

Semoga usaha ini dapat merealisasikan harapan 96 Hospital Tentera Pangkalan Lumut, Perak ke arah misi dan visi hidup yang jelas dan tepat sekaligus mendapat keredaan Allah swt.

AL-ISLAM OPERATING HOURS

24 Hours, Open Every Day

FOLLOW US
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

03-2693 1007

85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.

©  2024 by AL-iSLAM SPECIALIST HOSPITAL.
All Rights Reserved.

 

K.K.L.I.U. 1664/2021

bottom of page