Nombor Kecemasan: +603-2693 1007

And He ˹alone˺ heals me when I am sick. (Ash-Shu'ara-80)

SIARAN LANGSUNG DI RTM

Seramai 18 orang petugas kesihatan daripada beberapa hospital kerajaan dan swasta telah menyertai program dua hari anjuran Akademi Hospital Mesra Ibadah (ACADEMY) dengan kerjasama Hospital Pakar Al-Islam yang bertempat di Bilik Seminar, Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai 2025 lalu. 

Program anjuran ACADEMY ini diadakan bagi memantapkan kemahiran petugas kesihatan terutamanya dalam usaha membantu pesakit dari aspek spiritual khususnya ketika mendapatkan rawatan di hospital atau pusat dialisis.

Program dimulakan dengan perkongsian daripada Pengarah Hospital Pakar Al-Islam, Dr. Ishak Mas’ud yang bertajuk Hospital Mesra Ibadah (HMI) : Anjakan Paradigma.

Semoga dengan perkongsian hala tuju dan aspirasi ini dapat merangsang para peserta untuk terus berkhidmat serta memperkasakan modul hospital mesra ibadah di premis hospital masing-masing.

Disediakan oleh

Unit Korporat

Hospital Pakar Al-Islam

#HospitalMesraIbadah

#HospitalPilihanKeluarga

Need Help Or Have a Question?

We're here to help , feel free to reach out