Nombor Kecemasan: +603-2693 1007

And He ˹alone˺ heals me when I am sick. (Ash-Shu'ara-80)

Pemeriksaan Kesihatan Percuma | Masjid Jamek Kg. Bharu

Sesi pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Pakar Al-Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kg. Bharu, Kuala Lumpur pada 18 Julai 2025 lalu dimeriahkan dengan kehadiran orang awam yang hadir sebelum bermulanya Solat Jumaat di masjid tersebut.

Pemeriksaan kesihatan percuma kali ini merupakan kolaborasi di antara Hospital Pakar Al-Islam dengan Masjid Jamek Kg. Bharu, yang akan diteruskan dan diadakan pada hari Jumaat minggu pertama setiap bulan, jam 11.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari. 

Pemeriksaan kesihatan ini termasuk :

Indeks Jisim Badan (BMI)

Tekanan darah

Paras gula

Paras kolesterol (RM10, disarankan untuk berpuasa)

Terima kasih kepada pihak Masjid Jamek Kg. Bharu atas kerjasama ini, serta kepada seluruh warga kerja Hospital Pakar Al-Islam yang bersama-sama membantu menjayakan program ini.

Jumpa anda di setiap Jumaat minggu pertama!

Disediakan oleh

Unit Korporat

Hospital Pakar Al-Islam

#HospitalMesraIbadah

#HospitalPilihanKeluarga

#FreeHealthScreening

Need Help Or Have a Question?

We're here to help , feel free to reach out