Nombor Kecemasan: +603-2693 1007

And He ˹alone˺ heals me when I am sick. (Ash-Shu'ara-80)

Ucapan Terima Kasih Istimewa dari Manchester ke Kuala Lumpur!

Sepanjang sebulan yang lalu, Hospital Pakar Al-Islam diberi kesempatan yang indah untuk menerima kehadiran tiga pelajar perubatan tahun akhir yang cemerlang dari University of Manchester — Cik Fatima Aziz, Cik Areeba, dan Cik Fatima Patel — bagi menjalani penempatan elektif mereka dari 10 Jun hingga 7 Julai 2025.

Di bawah seliaan Pakar Gastroenterologi merangkap Pengarah Hospital, Dr. Ishak Mas’ud, mereka menelusuri wad dan klinik kami — menyelami pengalaman klinikal sambil menyaksikan sendiri kasih sayang, profesionalisme, dan nilai-nilai Islam yang menjadi nadi kepada perkhidmatan kami.

Kata-kata akhir mereka benar-benar menyentuh jiwa kami:

“Menghabiskan sebulan di hospital ini adalah pengalaman yang amat bermakna — bukan sekadar ilmu klinikal & pendedahan praktikal, tetapi juga dalam menyaksikan nilai kasih sayang, profesionalisme & prinsip Islam yang menjadi panduan dalam setiap rawatan yang diberikan.”

– Areeba, Fatima & Fatima 

Dari seluruh warga Al-Islam, Jazakumullahu Khairan Kathira atas kepercayaan memilih kami sebagai sebahagian daripada perjalanan ilmu kalian. Semoga kalian terus bersinar dengan ilmu yang bermanfaat & ikhlas, di mana jua kalian berbakti. 

Berminat untuk menjalani elektif perubatan bersama kami?

Kami amat mengalu-alukan kehadiran jiwa-jiwa yang ingin belajar dan mencari pengalaman — seperti mereka! 

Penempatan tertakluk kepada kekosongan.

Sila emel kami : pautan di ruangan komen.

Disediakan oleh

Unit Korporat

Al-Islam Specialist Hospital

#HospitalMesraIbadah

#HospitalPilihanKeluarga

Need Help Or Have a Question?

We're here to help , feel free to reach out