Nombor Kecemasan: +603-2693 1007

Ziarah Ramadan 2025: Semoga Allah SWT merahmati usaha Jalinan Kerjasama Jariah kami

Pada 13 Mac lalu, Program Jalinan Kerjasama Jariah hasil kolaborasi Al-Islam Specialist Hospital, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Malaysian Relief Agency (MRA) berkunjung ke PPR Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Dijenamakan Ziarah Ramadan 2025, 15 keluarga terpilih yang terdiri daripada mereka yang mengalami masalah kesihatan menerima kunjungan delegasi kami dengan kerjasama pengurusan penduduk di lokaliti itu.

Selain memberi bantuan daripada segi barangan keperluan asas, Ziarah Ramadan turut menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada mereka.

Pelbagai ragam sempat dirakam pasukan media Ziarah Ramadan 2025 dan dikongsikan kepada masyarakat.

Semoga usaha ini berterusan dan membantu meringankan beban yang ditanggung mereka serta diangkat doa-doa yang penuh kebaikan buat mereka.

Disediakan oleh

Unit Korporat

Al-Islam Specialist Hospital

#hospitalmesraibadah 

#hospitalpilihankeluarga



Need Help Or Have a Question?

We're here to help , feel free to reach out