Nombor Kecemasan: +603-2693 1007

Ziarah Ramadan 2025: Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima

Hanya ucapan terima kasih mampu diucap penerima sumbangan di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur selepas menerima kunjungan daripada delegasi Ziarah Ramadan 2025 pada 11 Mac 2025.

Penerima yang rata-rata terdiri daripada pesakit kanser, stroke dan pelbagai penyakit lain antara yang terpilih sebagai penerima sumbangan menerusi Jalinan Kerjasama Jariah Ziarah Ramadan kali ini.

Dengan kerjasama jitu daripada pengurusan Masjid Zaid Bin Thabit, wakil penduduk PPR Desa Tun Razak, maka sejumlah 15 penerima berjaya direkodkan sebagai penerima sumbangan.

Hanya Allah swt mampu membalas segala jasa baik, kudrat dan masa yang dikorbankan kalian semua.

Untuk rekod, Ziarah Ramadan adalah program kolaborasi bersama julung kali dilaksanakan Hospital Pakar Al-Islam Kuala Lumpur, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Malaysian Relief Agency (MRA).

“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah SWT adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah SWT melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang DIA kehendaki. Dan Allah SWT Maha Luas kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 261)

Disediakan oleh

Unit Korporat

Hospital Pakar Al-Islam

#hospitalmesraibadah 

#hospitalpilihankeluarga



Need Help Or Have a Question?

We're here to help , feel free to reach out