top of page

PROGRAM CELIK CPR FIMA LIFE SAVERS - KARNIVAL AL-ISLAM 2024

PROGRAM CELIK CPR FIMA LIFE SAVERS - KARNIVAL AL-ISLAM 2024

Kuala Lumpur, 28 September 2024 - Dalamusaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mengetahui kaedah atau teknik CPR yang betul dalam misi memberi bantuan kecemasan awal, Hospital Pakar Al-Islam tahun ini mengadakan program Celik CPR FIMA Life Savers – Karnival Al-Islam 2024 dengan kolaborasi bersama Masjid Negara.

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dr Zulkifli Hasan, program ini jelas selari dengan elemen kedua Maqasid Syariah malah menerusi program ini, ilmu asas dan latihan amali (hands on) CPR turut diajar kepada peserta bagi meningkatkan kesedaran berkaitan kaedah CPR yang betul dan berkualiti dan para peserta akan mendapat Sijil Penyertaan (hands on) CPR.

         Zulkifli berkata, konsep "menyelamatkan satu nyawa umpama menyelamatkan satu ummah" adalah prinsip yang perlu kita pegang bersama kerana dalam agama Islam, setiap nyawa adalah berharga dan menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi dan menyelamatkannya.

“Ini adalah suatu tanggungjawab bersama yang harus diambil serius oleh semua lapisan masyarakat. Dalam hal ini, kita perlu menggalakkan satu budaya yang menyokong dan memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu CPR”, katanya.

Seramai 588 lebih peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan, agensi dan syarikat serta orang awam telah hadir ke program ini menjalani latihan amali CPR di bawah pemantauan 53 orang tenaga pengajar (instructor) yang berkelayakan.

Program ini juga telah mendapat sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun swasta dengan penyertaan reruai pameran dan aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi percuma dan rundingan bersama ahli fisioterapi daripada Hospital Pakar Al-Islam.

Selain itu, turut diadakan booth pameran daripada Academy of Ibadah Friendly Hospital, Taman Asuhan Kanak-kanak Al-Islam, Quit Smoking Clinic, Malaysian Relief Agency, Bone Screening, National Kidney Foundation, Bank Rakyat, Tabung Haji, Pusat Pungutan Zakat, Ikhlas.com, International Homecare Nursing dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Federation of Islamic Medical Associations (FIMA) adalah gabungan persatuan Doktor Islam Sedunia telah membuat inisiatif menganjurkan program Lifesavers ini secara tahunan sejak tahun 2014 dan akan disambut setiap Sabtu terakhir September setiap tahun.

                Tahun ini merupakan tahun ke-4 penganjuran program ini oleh Hospital Pakar Al-Islam dan akan terus komited dalam meneruskan acara seumpana ini pada masa akan datang bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pentingnya mempelajari ilmu CPR yang betul bagi menyelamatkan nyawa dalam kalangan masyarakat setempat.

bottom of page