Program 𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐨𝐥𝐞𝐬 𝐎𝐟 𝐂𝐥𝐢𝐧𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐈𝐧 𝐒𝐩𝐢𝐫𝐢𝐭𝐮𝐚𝐥 𝐂𝐚𝐫𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐞𝐬
Program 𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐨𝐥𝐞𝐬 𝐎𝐟 𝐂𝐥𝐢𝐧𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐈𝐧 𝐒𝐩𝐢𝐫𝐢𝐭𝐮𝐚𝐥 𝐂𝐚𝐫𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐞𝐬
Hari ini, 7 Ogos 2024, wakil Akademi Hospital Mesra Ibadah dan Unit Kejururawatan Hospital Pakar Al-Islam menghadiri program Peranan Petugas Klinikal dalam Khidmat Penjagaan Spritual yang dianjurkan Institut Jantung Negara (IJN).
Akademi Hospital Mesra Ibadah diwakili Ustazah Nurul Aisyah Amir Ramli, Ustazah SyarmeliahSyahruddin dan Ustaz Ahmad Fitri Asmad.
Matron Suzal Ashima Sulaiman yang juga Pengurus Kejururawatan pula mewakili Unit Kejururawatan Hospital Pakar Al-Islam.
Hadir sama dalam program yang berlangsung di Auditorium IJN itu adalah wakil dari Hospital Pusrawi.
Semoga usaha dan jalinan kerjasama ini akan berterusan sekaligus memberi manfaat kepada pesakit dan juga petugas kesihatan dalam melaksanakan tanggungjawab penjagaan ibadah dan spritual secara holistik.