top of page

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐒𝐈𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝟐.𝟎

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐒𝐈𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝟐.𝟎

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah, Tuhan sekalian alam selepas Hospital Pakar Al-Islam diberi peluang untuk melebarkan lagi sayap dakwah khususnya dalam konteks beribadah ketika dalam keadaan sakit.

Bertempat di Masjid Syed MuhammadJamalullail, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 20 Julai 2024, 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐒𝐈𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝟐.𝟎 yang dianjurkan Sekretariat Hal Ehwal Wanita (SALWA) Malaysia negeri Perak semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Dengan tajuk "𝐓𝐚𝐭𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐮𝐜𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭", kupasan dan penerangan berhubung perkara itu dikongsikan pengendali Akademi Hospital Mesra Ibadah yang juga Pegawai Agama Hospital Pakar Al-Islam, Ustazah Nurul Aisyah Amir Ramli.

Semoga usaha ini mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.

bottom of page