Pada 1 Ogos 2025, berlangsung satu program kesedaran menghadapi situasi kecemasan khususnya membabitkan kebakaran di Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur.
Dianjurkan Unit Keselamatan dan Persekitaran Hospital Pakar Al-Islam, program kali ini secara langsung bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai langkah-langkah awal ketika kebakaran.
Bukan itu sahaja, kakitangan turut dilatih untuk bertindak secara teratur dan selamat ketika kecemasan selain memastikan semua staf mengetahui lokasi penempatan alat pemadam api dan laluan keluar kecemasan.
Ini sekaligus memenuhi pematuhan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Fire Services Act.
Menurut Pegawai Keselamatan dan Persekitaran Hospital Pakar Al-Islam, Encik Wajdi Muizz Jumali, program kali ini turut membabitkan penglibatan pihak Bomba dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Titiwangsa.
Pegawai dan anggota Bomba yang hadir bukan sahaja memberi taklimat keselamatan secara teori malah turut mengadakan demonstrasi secara praktikal penggunaan alat pemadam api selain memberi idea penambah baikkan sistem pencegahan kebakaran di premis hospital.
Justeru, program kali ini secara jelas menunjukkan komitmen hospital dalam memperkukuhkan budaya keselamatan dan program seumpama ini akan diteruskan secara berkala dengan cadangan pelaksanaan secara tahunan iaitu berskala penuh dengan pihak Bomba dan Penyelamat serta rutin bulanan peralamatan keselamatan oleh pihak vendor.
Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam
#HospitalMesraIbadah #HSEAlIslam
#BombaTitiwangsa