Syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan seluruh alam apabila satu sesi perbincangan di antara Bahagian Dakwah Unit Kebajikan Islam JAWI dan Hospital Pakar Al-Islam berlangsung lancar hari ini, Isnin 22 Julai bersamaan 16 Muharram 1446H.
JAWI diwakili Ustaz Hatta dan Ustazah Asilah manakala Hospital Pakar Al-Islam dihadiri Pengarah Hospital, Dr Ishak Mas’ud dan Pegawai Agama dari Akademi Hospital Mesra Ibadah.
Pertemuan kali ini membincangkan tentang program Sukarelawan dan Khidmat Ziarah.
Semoga usaha ini dipermudahkan dan mendapat keredaan Allah SWT.