Nombor Kecemasan: +603-2693 1007

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ┃ "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.."Asy- Syua'ra : 80 ┃ Peneraju Hospital Mesra Ibadah Malaysia - 30 Tahun Kepercayaan dalam Penjagaan Kesihatan Mesra Ibadah

Our News

Jalinan Kerjasama Ziarah Ramadan 2026 | Santuni Warga PPR Air Panas, Setapak

Pada 12 Mac 2026, program Jalinan Kerjasama Ziarah Ramadan, hasil kolaborasi Hospital Pakar Al-Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), dan Malaysian Relief Agency (MRA), telah mengunjungi PPR Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur.

Bantuan telah diserahkan kepada 20 orang penduduk di PPR tersebut.

Kunjungan ini menandakan aktiviti penutup bagi Program Ziarah Ramadan 2026 yang dianjurkan oleh Hospital Pakar Al-Islam, MRA, dan ABIM pada tahun ini.

Semoga usaha ini mendapat keredaan dan keberkatan Allah SWT.

“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah SWT adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan pada tiap-tiap tangkai itu terdapat seratus biji. Allah SWT melipatgandakan ganjaran bagi siapa yang DIA kehendaki. Dan Allah SWT Maha Luas kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 261)


Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam

#ZiarahRamadan2026
#HospitalMesraIbadah
#MRA
#ABIM