2 Februari 2026 – Alhamdulillah, Bengkel Sukarelawan Psikososial dan Hospital (BESS) telah berlangsung dengan jayanya hasil kolaborasi antara HELWA ABIM Malaysia, Rahmah Support Team (RST), Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, dan ABIMedik bertempat di Outreach Oasis, Bukit Bintang.
Bengkel ini dirangka khusus untuk melahirkan kumpulan sukarelawan yang mempunyai kepekaan tinggi serta mampu memberikan sokongan psikososial yang berkesan dan berempati kepada masyarakat yang memerlukan.
Tiga orang panelis telah berkongsi pengisian sepanjang sesi bengkel:
- Puan Nur Shamimi Shaharom, Kaunselor RST, menyentuh aspek pengurusan emosi.
- Dr. Zafri Ismadi Mohd Anis, Konsultan Pediatrik dan wakil ABIMedik, memberikan kupasan dari sudut klinik.
- Ustazah Nurul Aisyah Amir Ramli dari Hospital Pakar Al-Islam membawa perspektif kerohanian, menekankan peranan chaplaincy dalam menghadapi cabaran di hospital.
Melalui bengkel ini, peserta bukan sahaja dibekalkan dengan teori, malah dididik untuk memahami tatacara sokongan yang beretika dan berkesan, agar peranan mereka sebagai sukarelawan memberi impak yang lebih bermakna dan berhikmah.
#GerakanIlmuDanBakti #RahmahSupportTeam #Sukarelawan #HELWAABIMMalaysia #ABIMedik







