Nombor Kecemasan: +603-2693 1007

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ┃ "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.."Asy- Syua'ra : 80 ┃ Peneraju Hospital Mesra Ibadah Malaysia - 30 Tahun Kepercayaan dalam Penjagaan Kesihatan Mesra Ibadah

Our News

TAMU Hotel BASE Jump Challenge 2026

30 Januari 2026 mencatat sejarah tersendiri buat Hospital Pakar Al-Islam apabila menjadi rakan strategik bagi BASE Jump Challenge 2026, anjuran TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur dengan kerjasama BASE Malaya Club.

Program ini dirasmikan oleh Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan, sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026.

Turut hadir adalah Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi TAMU International Group; Dato’ Mohd Khay Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan TAMU International Group; Dr. Khairul Nizam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu; Kapten (B) Mohd Noorizan Mohd Yunus, Presiden BASE Malaya Club; dan Dr. Ishak Mas’ud, Pengarah Hospital Pakar Al-Islam.

Program yang berlangsung dari 30 Januari hingga 2 Februari 2026 di Padang Bola Sepak, Kelab Sultan Sulaiman disertai oleh 54 peserta dari 19 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Rusia, New Zealand, Perancis, China, Kazakhstan, Kanada, Brazil, dan Malaysia, sekaligus menjadikan Kampong Bharu tumpuan komuniti BASE Jumping antarabangsa.

Terima kasih diucapkan kepada pihak TAMU Hotel dan BASE Malaya Club atas kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diperkuatkan dan diteruskan pada masa hadapan.


Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam

#HospitalMesraIbadah
#HospitalPilihanKeluarga
#BASEJumpChallenge2026
#TAMUHotelSuites
#BASEMalayaClub