Nombor Kecemasan: +603-2693 1007

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ┃ "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.."Asy- Syua'ra : 80 ┃ Peneraju Hospital Mesra Ibadah Malaysia - 30 Tahun Kepercayaan dalam Penjagaan Kesihatan Mesra Ibadah

Understanding Diversity in Patient Spiritual Needs Series

Alhamdulillah, sesi “Meeting A Muslim Chaplain” yang dianjurkan oleh Akademi Hospital Mesra Ibadah (ACADEMY) telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad, 15 Februari 2026 menerusi platform Zoom.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah menyertai sesi ini dan menyumbang kepada perbincangan yang penuh bermakna mengenai chaplaincy Islam dan penjagaan spiritual berasaskan agama.

Penghargaan khas kepada penceramah dan moderator:

  • Dr. Ishak Mas’ud – Ketua Projek IHC-FIMA & Pengarah Hospital Pakar Al-Islam
  • Ms. Rehanah Sadiq – ACADEMY Fellow & Muslim Chaplain, Birmingham NHS Hospital, UK
  • Dr. Mohd Hamdi Razali – ACADEMY Fellow & Pegawai Perubatan, Hospital Selayang

Melalui sesi ini, para peserta telah mendapat pemahaman mendalam tentang:

  • Memberi sokongan spiritual yang sensitif terhadap kepercayaan di hospital dan institusi lain
  • Panduan etika, sokongan emosi, dan kerjasama antara agama
  • Peranan holistik chaplaincy Islam dalam menjaga kesejahteraan umat Islam dan komuniti secara lebih luas

Kami amat berterima kasih atas penyertaan semua dan berharap dapat menganjurkan lebih banyak program penjagaan spiritual yang menarik di masa hadapan.


Disediakan oleh:
Unit Korporat, Hospital Pakar Al-Islam

#HospitalMesraIbadah
#PenjagaanSpiritual
#MuslimChaplain
#ProfesionalKesihatan
#SokonganBerasaskanAgama
#HospitalPakarAlIslam
#ACADEMY

Need Help Or Have a Question?

We're here to help , feel free to reach out