Nombor Kecemasan: +603-2693 1007

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ┃ "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.."Asy- Syua'ra : 80 ┃ Peneraju Hospital Mesra Ibadah Malaysia - 30 Tahun Kepercayaan dalam Penjagaan Kesihatan Mesra Ibadah

Our News

Kursus Privileging Hospital Mesra Ibadah | Hospital Pakar Al-Islam & Hospital Kuala Lumpur

Alhamdulillah, Kursus Privileging Hospital Mesra Ibadah telah berjaya dilaksanakan pada 13 Januari 2026.

Pegawai Chaplain daripada Akademi Hospital Mesra Ibadah (ACADEMY), Hospital Pakar Al-Islam, iaitu Ustazah Nurul Aisyah Amir Ramli dan Ustazah Syarmeliah Syahruddin, hadir sebagai pembimbing kursus di Wad Ortopedik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Program ini diadakan untuk memantapkan kemahiran petugas kesihatan HKL, terutamanya dalam usaha membantu pesakit dari aspek spiritual, termasuk sokongan beribadah semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Semoga perkongsian hala tuju dan aspirasi ini dapat merangsang para peserta untuk terus berkhidmat serta memperkasa modul Hospital Mesra Ibadah di hospital masing-masing.


Disediakan oleh:
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam

#HospitalMesraIbadah
#HospitalPilihanKeluarga
#KursusPrivilegingHMI