25 Februari 2026 (Rabu) – Pn. Sarah Sabreina, Pakar Pemakanan Hospital Pakar Al-Islam, telah menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk “Eating Healthy & Mindfully During Ramadan” kepada kakitangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) melalui platform Microsoft Teams.
Sesi ini memberi penekanan kepada kepentingan pemakanan sihat ketika Ramadan, termasuk amalan pemakanan secara sedar (mindful eating), pemilihan nutrisi yang seimbang, serta gaya hidup sihat sepanjang bulan puasa.
Terima kasih diucapkan kepada PMCare Sdn Bhd dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) selaku penganjur atas jemputan yang diberikan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu kakitangan UniKL dalam mengamalkan pemakanan sihat, gaya hidup aktif, dan kesejahteraan sepanjang Ramadan.
Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam
#HospitalMesraIbadah
#HospitalPilihanKeluarga
#PemakananSihat
#Ramadan1447H
#MindfulEating


